KEPENTINGAN

 

KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM

 

1.Mengukuhkan ekonomi negara

Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi.Misalnya,Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara.Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.


2.Mengekalkan keharmonian masyarakat di negara

Perpaduan kaum dapat mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi huru-hura dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara.Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.

 

3.Meningkatkan imej negara di persada dunia

Akhir sekali , perpaduan kaum yang baik dapat meningkatkan imej negara di persada dunia kerana mampu menjadi negara yang aman dan harmoni walaupun hidup dalam keadaan berbilang kaum.Ini juga dapat membuatkan negara kita sebagai contoh untuk ditiru oleh negara lain.

No comments:

Post a Comment

PENGHARGAAN

 Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan projek ini bagi memenuhi sebahagian d...