LANGKAH-LANGKAH

 

1.Menyambut hari perayaan bersama-sama melalui rumah terbuka

Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, seluruh rakyat negara Malaysia yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi.Mereka menghadirkan diri dan berhubung dengan satu sama lain dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang.Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah “bersatu teguh, bercerai roboh”.Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain di dalam masyarakat Malaysia.Keharmonian seperti ini senang terhapus melalui sikap mementingkan diri sendiri yang dilihat kian tertanam di dalam jiwa masyarakat kini

 

2.Program Kenegaraan seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Jika perkara ini diteliti dengan lebih lanjut, sebelum ini kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara(PLKN).Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang bakal menjadi pemimpin negara satu masa nanti.Selaras dengan modul kenegaraan yang dijalankan,para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama dalam pelbagai aktiviti seperti peribahasa “bagai aur dengan tebing”.Justeru, perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan tersebut.Sememangnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.Sebagai konklusinya,dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum seluruh rakyatnya.Pelbagai pihak harus bergerak sekali sekata bersama iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara seperti kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. 

 

3.Menyatukan institusi pendidikan dari sekolah rendah

Menyatupadukan kaum perlu dipupuk sejak dari kecil lagi.Ini dapat membuatkan kanak kanak lebih terdedah dengan budaya bangsa lain seperti cina dan india sejak kecil lagi.Bak kata pepatah , meletung buluh biarlah dari rebungnya.Pihak kerajaan perlu memansuhkan sekolah vernakular dan mengantikan kepada sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.Apabila mereka berada di sekolah yang lain dengan kurikulum yang dipelajari juga sama,ini dapat menimbulkan rasa kekeluargaan antara kaum.Kesannya,kanak kanak telah dididik dari kecil untuk menghormati kaum lain dan tidak menyentuh sentimen perkauman kaum lain.

 

4.Mengadakan aktiviti gotong-royong

Pihak berkuasa perlulah mengadakan aktiviti gotong royong ini dalam masyarakat dengan kerap.Masyarakat yang berbilang kaum akan menyertai aktiviti kemasyarakatan ini untuk sama-sama membersihkan kawasan perumahan.Aktiviti kemasyarakatan ini dapat memupuk sikap kerjasama dalam masyarakat yang boleh menyebabkan kita lebih mengenali antara kaum lain melalui interaksi semasa berkerjasama bak kata peribahasa,bagai aur dengan tebing.

No comments:

Post a Comment

PENGHARGAAN

 Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan projek ini bagi memenuhi sebahagian d...