SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri atau vernakular. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman
KURANGNYA INTERAKSI ANTARA KAUM
Secara umumnya,sesuatu kaum lebih cenderung untuk berkawan dan bergaul dengan orang daripada kaum sendiri.Ini boleh memudahkan pergaulan mereka kerana menggunakan bahasa yang dapat difahami oleh kedua-dua pihak.Hal ini demikian,sesetengah masyarakat tidak tahu bercakap dalam Bahasa Melayu dan mereka akan mengalami kesukaran untuk berinteraksi.Keadaan ini akan menimbulkan pergaulan seperti itik dengan ayam yang tidak dapat difahami oleh kedua-dua pihak.Sesuatu kaum juga sukar untuk menerima perbuatan kaum lain berdasarkan kepercayaan.Mereka yang tidak bersikap toleransi akan menentang perbuatan mereka dan menimbulkan perselisihan.
No comments:
Post a Comment