NEGARA AKAN HURU-HARA
Perselisihan antara kaum ini akan menyebabkan negara menjadi huru-hura kerana tiadanya kesepakatan dan boleh menyebabkan pergaduhan sekiranya perkara ini berlarutan.Negara menjadi tidak aman kerana masing-masing kaum tidak pedulikan kaum lain.Perpecahan kaum yang berlaku akan membuka peluang kepada kuasa asing untuk mengambil alih nagara ini disebabkan tiadanya kesepakatan dalam negara.Ini akan menyebabkan negara hilangnya keamanan dan keharmonian.
MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA
Perselisihan kaum yang berlaku akan merosotkan perpaduan rakyat di negara kita.Apabila perpaduan negara tiada , masing-masing kaum tidak akan peduli akan masalah yang dihadapi.Semua kaum juga tidak akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ekonomi ini.Setiap kaum tidak ada masa untuk fikirkan masalah ekonomi negara.Perpaduan yang merosotkan di negara kita juga menjadi sebab tiadanya pelabur yang ingin melabur di negara kita.Banyak negara akan menolak untuk bekerjasama dalam urusan perniagaan seperti minyak atau kelapa sawit kerana akan merugikan mereka.
No comments:
Post a Comment