PENGENALAN

     

     Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan di kalangan mereka. Selain itu, perpaduan juga dapat memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. 

     Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.
     
     Negara yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usaha-usaha untuk memupuk perpaduan kaum bagi membina negara yang harmoni.Langkah-langkah mengeratkan perpaduan di antara pelbagai kaum yang ada di Malaysia ini sangat penting bagi mengelakkan berlakunya rusuhan antara kaum. Justeru itu, kepelbagaian kaum ini haruslah diraikan dan sebagai rakyat Malaysia kita perlu saling tolong menolong antara kaum “bagai aur dengan tebing” untuk sama-sama hidup dalam persekitaran hidup yang sihat dan aman makmur.
    
     Menurut kata Perdana Menteri yang ke-6, hubungan yang baik lagi erat serta rencaman sesama kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat”.

No comments:

Post a Comment

PENGHARGAAN

 Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan projek ini bagi memenuhi sebahagian d...